Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
HomenOTHING iS imPoSSiBLEAug 17, 2008

Blog EntryDec 15, '09 12:19 PM
for everyone
HARAP SUME PEMBACA BLOG INI BOLEH LINK KE http://atieatiekah.blogspot.com...SEKIAN.

Photo AlbumKEM BINA INSANAug 14, '09 1:36 AM
for everyone

sek keb jalan gurney 1

Photo Albumwajah2 3rd year studentJun 10, '09 1:15 AM
for everyone

harap aku semakin matang dalam menempuhi hidup ini. Matang ke aku?same2 kite fikirkan!

Photo AlbumTOHOI 4May 11, '09 11:22 PM
for everyone

this is a sweet moment in Tohoi with Orang Asli n JASA mate.....

Blog EntryMay 9, '09 11:48 AM
for everyone
Mama, kau bukanlah petir,
sebaliknya kau adalah musim panas
kau selalu ramah
seperti di kaki dan di tempat tidur

selalu menyenangkan memandangimu
seolah angin musim semi menerpa mata
aku sayang sekali padamu, seramah engkau mama
aku tak tahu apa kalian tahu

Engkaulah ibuku dan akan terus menjadi ibuku
tanpamu, aku akan kehilangan dan hanya merumput

SELAMAT HARI IBU...
AKU MAAT MENCINTAIMU MAMA...
HANYA ALLAH YG DAPAT MEMBALAS JASA & PENGORBANANMU..
JAZAKALLAHUBIKHAIRAN...

Blog EntryMay 4, '09 11:05 PM
for everyone

 Pengorbanan ibu tiada penghujung

 

TANGGAL 10 Mei ini kita akan meraikan hari yang cukup istimewa untuk bonda. Walaupun ramai yang mengatakan menghargai ibu bukan hanya sehari kerana jasanya yang tiada ternilai walaupun diberi wang berjuta ringgit, rasanya tidak salah jika kita memilih satu hari untuk meraikan mereka supaya pada hari itu dapat diadakan majlis yang khusus untuknya.

Mungkin pada Ahad ini, anda dan adik beradik lain boleh pulang ke kampung untuk berkumpul dan mengadakan sedikit parti atau majlis doa selamat, atau mungkin juga membawa bonda ke restoran atau bercuti di tempat yang menarik untuk sekeluarga.

Tidak kira apa yang dilakukan, pastikan Hari Ibu ini juga waktu untuk kita menginsafi kembali peranan ibu yang banyak berjasa dalam hidup kita. Segala kepayahan yang diharungi bagi membesarkan kita untuk menjadi insan berjaya dan segala pengorbanan yang dilakukan bagi memastikan kita dapat menikmati kehidupan selesa semestinya dijadikan pedoman dalam hidup kerana ada kalanya apabila sudah berjaya, kita lupa asal-usul.

Pelbagai cerita yang kita dengar mengenai anak yang sanggup menjadi si tanggang pada hari ini, sehingga ada kalanya kita yang mendengar atau membaca kisah berkenaan sedih mengenangkan nasib ibu bapa yang diketepikan. Bukan sekadar diketepikan, malah ada juga yang sanggup menganggap ibu dan bapa itu seolah-olah tidak wujud dalam hidup.

Alasan mungkin diberikan, ibu dan bapa tadi kejam serta tidak menghiraukan mereka ketika kecil. Ada juga yang mengatakan ibu atau bapa mereka, meminggirkan mereka ketika kecil sehingga berasa hati dan tidak dapat memaafkan mereka. Tidak kurang juga yang membenci ibu bapa sendiri kerana tidak merestui kekasih hati sehingga sanggup membuang jauh ibu dan bapa yang pernah bergolok bergadai untuk membesarkan mereka.

Memang benar, kita tidak tahu apa yang terjadi antara insan berkenaan dengan ibunya, tetapi bagi saya tidak kira apa kesalahan yang pernah dilakukan ibu atau bapa, sebagai anak kita seharusnya bersyukur jika tidak kerana mereka, tidak mungkin kita dapat menikmati udara segar dan mengenali kehidupan pada hari ini.

Saya pernah mendengar cerita bagaimana ada ibu yang tidak berkemampuan, tetapi sanggup melakukan apa saja termasuk mengikat perut bagi memastikan dapat memenuhi hajat anaknya demi kasihnya kepada si kecil. Biar baju sendiri tidak pernah bertukar ganti, asalkan anak mereka dapat menggayakan baju baru pada Aidilfitri.

Semuanya dilakukan demi kasihnya pada anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh. Tetapi, ada anak yang seolah-olah tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada dan hanya tahu asalkan mereka dapat memenuhi impian di hati, perkara lain termasuk keperluan ibu tidak diambil kira.

Kata-kata ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’ menunjukkan betapa pentingnya kedudukan ibu itu sendiri. Walaupun ada anak hari ini yang memperlekehkan kata-kata itu, satu hari nanti apabila mereka juga bergelar ibu, tentu peritnya akan dirasai jua. Orang kata, hidup ini umpama roda, apa yang kita lakukan hari ini satu hari nanti mungkin akan kembali kepada kita.

Sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan pada Ahad ini, marilah kita kembali menginsafi diri dan menghargai jasa ibu mereka yang sanggup berkorban harta dan nyawa bagi membesarkan kita. Jangan tunggu apabila mereka sudah menutup mata, baru ketika itu menyesali perbuatan lalu.

Ketika itu, menangi air mata darah sekalipun, yang pergi tetap akan pergi. Jadi, pastikan ibu dan bapa anda dapat menikmati keceriaan pada hari tua mereka supaya setiap pengorbanan yang dilakukan mereka, dihargai sewajarnya.

Selamat Hari Ibu!

untuk IBU TERSAYANG, NORRIAH HJ ISA, i LOve yOU SO mUCH....


Blog EntryMay 4, '09 11:02 PM
for everyone

 

Keburukan babi patut jadi iktibar

Oleh Dr Aminudin Mansor


PENULARAN H1N1 menimbulkan keresahan di seluruh dunia.

PENYAKIT bawaan daripada babi iaitu Influenza A (H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi, tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.

Islam meletakkan babi dan anjing sebagai najis mughallazah (berat) membabitkan semua bahagian badan haiwan berkenaan. Oleh itu, umat Islam ditegaskan menjauhkan daripada terkena sentuhan ke dua-dua haiwan ini.

Ilmu perubatan moden mengakui mereka yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita, kulit berbintik, sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mempunyai virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis, virus West Nite Incephalitis, resicular stomatis, penyakit kuku dan mulut serta penyakit radang hati.

akut yang biasanya menjangkiti babi, tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.

Islam meletakkan babi dan anjing sebagai najis mughallazah (berat) membabitkan semua bahagian badan haiwan berkenaan. Oleh itu, umat Islam ditegaskan menjauhkan daripada terkena sentuhan ke dua-dua haiwan ini.

Ilmu perubatan moden mengakui mereka yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita, kulit berbintik, sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mempunyai virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis, virus West Nite Incephalitis, resicular stomatis, penyakit kuku dan mulut serta penyakit radang hati.

Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan termasuk memastikan makanan yang dimakan bersih dan halal.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabaikan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin seperti Dia menyuruh kepada rasul-Nya."

Firman Allah yang bermaksud: "Hai rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal salih." (Surah al-Mukminun, ayat 52)



Islam menyarankan umatnya menjauhi makanan haram, membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan selepas makan. Peraturan itu ditekankan bagi menjaga kebersihan supaya tidak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.

Berkaitan daging babi, Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah."

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah daripada (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah al-Baqarah)

Penjagaan kesihatan melalui makan dan minum juga tempat tinggal penting bagi mengekalkan kesejahteraan hidup umat Islam di dunia dan akhirat. Oleh itu, umat Islam digalakkan menjaga makan, minum dan kebersihan tempat tinggal sebagai adab dalam kehidupan insan Muslim.

Makanan halal seimbang sangat dititikberatkan kerana ia akan mencapai kriteria yang diperlukan tubuh badan sama ada untuk pembentukan tubuh, pembekalan tenaga atau perkitaran aktiviti badan.

Keseimbangan pemakanan juga termasuk dalam maksud kesederhanaan yang dianjurkan Islam, seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah dan jangan kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas." (Surah al-Araf, ayat 31)


Blog EntryMay 3, '09 10:20 AM
for everyone

YANG BARU XPERLU TINGGALKAN YG LAMA..

 

Pd 24-29hb April yg lalu aku serta kwan2 JASA yg laen tlah brpgram d POS tOhOI, Gua Musang. Kg ini merupakan kg angkat kesayangan kami krn hbungan yg mmg erat antara adok2 n amek2

serta anak2 agkat UIA. Pd kali ini sekitar 40 org shj yg berpluang ke sane.ini krana kbnyakan cnior kami sedang praktikal, junior2 pula tlah pulang ke rumah krana abes exam awal smntara ade yg mngmbil pluang ini utk bercuti terutama Econs student coz ramai yg akan amek short sem. Laen lak hal nye dgn  aku, walau pun amek shot sem, tp aku ttp join pgram ni as ASST HC DNI coz mgkin Tohoi 5 nnt aku praktikal lak time tu.

23hb-  mlm ni seawal jam 9 pm kami tlh brkumpul d tgga besar.tp

aku, Umi n Shaza ngelat ckit.kiteorang trun dlm kul 11.hehe.ni sbab Shaza n Umi kuar n balek lmbat.nk dkat kul 10 bru smpai uia.duk kt tgga besar smpat jumpe Abg Zul n Abg Nazim yg still support kami.smpat dgr pnglaman dierang yg bru start praktikal 3 hari...klakar la gak..smpat ajak abg Nazim sume join tuk pgram Ganu nnt.kami btolak tepat jam 12pm mlm tu.kiterang naek bas Khas.best coz psang Cd cite Kungfu Panda.Layan je lar....pastu Abg Ali lak g psg cite Shuttle. Ku trus la tido smpai kt Masjid Gua Musang.

 

24hb- pg tu kami

sarapan kt Kuala Betis b4 trak Abim n Helax tu smpai. Trak JHEOA pula akn mnyusul ptg nnt bersame A. Peja, A. aNep n Aziz..kami smpai d kg dlm jam 10.30 pg cmtu. kemas trus tuk Opening Ceremony kul 2ptg tu...arini kami Dni rest lg n prepare tuk esok je coz esok 3 event mnuggu iaitu Iqra’ class 1&2 n Fardhu Ain skill.ptg tu kami smpat Mahabbah visit. Aku, Ina, Diba, Umi,abg Zaid, Faed,aziz n ramai lg lar dpt kat kg baru.. ape lg, merahang la panas nye kat sane...hehe.tp sabar je la kan.Mlm ni, Alhamdulillah solat jemaah kami mndapat smbutan.ramai org kg yg dtg. ni sebab aku n Abg Zaid yg gerak  ajak org kg kat tepi balai tu...lgpun mlm ni dierang xde kelas dewasa lg..mlm tu sesi bersama Tok Batin  n tlong Sport packing brg dierang. agak lmbat tdo coz kmas tmpat tido laen lg,dgn keadaan yg gelap tp kami mandi jgak je mlm tu...n ready tuk qiamulail sok...

 

25hb- pg tu aku trjaga jam 4.45 tp tgok bdak laki gelap je.bdak laki pun xckp ape2 so aku smbung tido smpai tjaga kul 5.30 Ina kjut. trus solat Subuh. rupenye saje je kansel kan Qiamulail coz bdak laki tdo lmbat dlm jam 2.30 n dierang penat. xpe lar cmtu...arini d mulakan dgn exercise pg.

aku n Abg Ali tlh d interview oleh krew RTM yg turut join pgram kami spnjang 6 hari ni.. Abg Ali mnceriakan kami semue dgn adik2 yg laen smase exercise tu. tnpa dsgka,seorang adik tu tlah muntah cacing. yg mnakutkan lg, cacing tu sgt besar lbih kurang 10cm...xtau lar Kesihatan wat keje ke x tuk bg bdak2 ni mkn ubat cacing slma ni. Atau pun factor bdak2 ni yg slalu berkaki ayam ke sane ke mari....sedih tgok..pg tu mahabah visit. mase nak g kg Baru, Daman adik beradik angkat ku yg baru tlh tercedera d kaki tetusuk dawai pagar kat ctu. Nseb baek abg Ali n Khairil lalu kat ctu tolong sapu ubat sume. pg tu gak org gotong royong tp kami Dni ready tuk Iqra’ class..kami bgerak seramai 4 org tuk mngajak org kmpung tuk ke klas Iqra. Alhamdulillah kelas ini mndapat sambutan. Ustazah Zainun juga trut membantu kami. lpas lunch trus prepare tuk Solat Zohor n jam 2pm kami mulekan dgn Fardu Ain skill. kali ni pnduduk kg terbhagi kpd 4 pgram. ade skill laki iaitu trim rambut, skill wanita masak dadih,fardu ain skill n satu lagi modul. pnat mmg penat tp nseb baek Abg Ali bnyak tolong kami...ptg lak g tolong Modul grooming adik2.aku lak kene lap adik2 yg baru mandi. best tgok dierang mandi dgn syampu rmbut n sabun pastu gosok gigi lg, tukar baju baru lak pastu.Sufee HC mOdul pun same2 mandi ngn Epi kat situ.bdak laki lak cari buluh tuk main rakit ramai2 sok...bestnyer...mlm ni solat still ade yg dtg b4 dierang g kelas dewasa tu. mlm ni video show tp HC2 n mainboard pgram wat miting pasal problem 2 hari pgram ni. last blek umah mandi n tdo...

 

26hb-

pg ni kami mulekn dgn exercise lg..pg ni kami akn jungle trekking ke GUa PERalen tp mngikut jalan atas bukit. kat sane kami berpeluang tuk melihat sendiri penanaman herba utk mengubati pnyakit2 kronik. jalan

agak mencabar. Aku lak xpakai kasut,pkai sandel je.tp still ok jer. hehe.smpai d sane mndgar cite tntg asal usul Gua n lubang2 kat ctu yg d critekan oleh Abg Jungle n Cik Zainal. smpat bgmbar n trun ikut jalan sungai. penat mmg penat tp nak wat mcm mane.ptg tu lpas Zohor kami Dni jalankn klas Iqra kami. mseh mndapat sambutan tp kami bergerak sendiri tnp Ustazah arini. Bdak2 pun blaja gak yg d bantu oleh Abg Ali, Khairil, Melisa n de gang. Modul lak wat seminar UPSR ,ade yg tanam pokok, cat kelas. ptg ni mmg penat tp seronok blajar wat n main rakit.tp aku mlas nk naek coz tkut baju basah mls nk tukar dah nak g solat nnt. Abg Zaid pun same. Umi pun same. DNI mmg sehati lg sejiwa..so duk melepak je la smbil tgok dierang maen air n rakit. Tolong balutkan luka Adi @ Era iaitu adik angkat aku yg luke jarinye coz  terkena parang. Mlm tu kami tgok Video Show cite Brain Scan, agak best lar gak coz tgok ramai2 kot. lpas briefing tuk Sport Day sok, balek, mandi tdo lar ape lagi....

 

27hb- pg ni Alhamdulillah kami dapat tunaikan Qiamulail yg tertangguh aritu....seawal jam 5 pg lg kami bgun n bersama2 sujud kpd

Allah Yang Maha Esa...lpas Solat Subuh,kami mgambil kesempatan tuk berehat dulu krn ramai d antara kami yg kurang sehat. mgkin sebab cuaca yg sgt panas kat cn. b4 tdo pg tu, aku mandi dulu n xsangka aku lak yg diserang selsema sebelum Demam pg tu. dalam keadaan tu, ku still bgun tuk tolong Sport Day. Walaupun sebelah tgn pgg saputangan,sbelah lg sibuk wat keje...tarik tali menyaksikan pasukan Uia bertemu dgn org kampung d final, lelaki dan perempuan. yg perempuan la kuat coz menang skali b4 wat2 kalah kat final.hehehe...xsangka kan..tp of course la aku xjoin tarek tali tu. takut aku lak yg kene tarek dek tali tu....tp ptg tu lpas Zohor aku tpakse off  3 jam tuk rest coz aku demam tp ptg tu still lak aku g join kak Ayu sume ni mandi sungai. malam tu demam mcm nak ok tp aku still tahan tuk slot DNI esok. Bak kate Abg Ali, gune kan kuase Psikologi control diri. Tp suare aku dah start serak n batuk..mlm tu rest n tido.

 

28hb- pg ni ready tuk kenduri ptg ni..DNI bertembung dgn kelas memasak so kami combine trus lar jawabnye...seronok tgok dierang blajar masak sambil jerit “ alif anbalik a, alif entek i, alif masoi u, A,I, U”. Ni la kepuasan bg kami Dni. ramai lak yg membantu tp arini ku yg kene kondak coz Abg Zaid kene interview n tolong wat meja n bangku buluh dgn dak laki laen..tp last skali sume pun ok jer. kami pun trut bersame2 wat nasi dalam buluh n ubi kayu campur ikan bilis..sedap....yg laen lak blaja wat anyaman....ptg tu Closing ceremony berlangsung dgn jayanye...Asar tu Balai Peninjol penuh dgn jemaah yg Solat Asar bersama Org2 kg..lpas tu tahlil pun berlangsung dgn jaya nye. Habis la tugas kami Dni tuk pgram ni. ptg tu kenduri pnuh dgn gelak ketawa kami dgn org kg coz Abg Ali bertindak sbg DJ. Org kg kali ni bertambah sampai 5 kali dek lauk yg banyak sangat. siap tapau lg tu....aku, Umi n Hajar jg tmpat air...ptg tu tolong basuh pggan mngkuk kt catering. Ade watak Cinderella n “Sonow White” versi Abg Ali...mlm tu lak kami d hiburkan dgn Malam Kebudayaan. mcm2 persembahan ade. Nasyid pun ade. Dikir Barat pun ade. Yg best nye ade lagu Oh Alek tu lar...sedih pun ade. lpas tu kami UIA lak wat persembahan. lupe nk ckap, tema mlm tu ialah Asli Islam. So kami pkai bju kurung n baju Melayu la.bdak laki siap wat samping tepi lg. dierang wat gimik dulu b4 masuk pentas. Nyanyi lagu Senyum. Pastu kami pmpuan lak masuk duduk kt depan nyanyi lgu Doa Perpisahan, Sayonara, Salam Mesra and last skali Alif Ba Ta....mase duk depan tu bole tgok muke masing yg sedih nak berpisah dah yela, malam ni adalah malam last kami d cn..last skali AcARA Sewang. Agak best tgok dierang, dak laki sume sewang, ngan abg2 kameraman tu skali ngn Cik Farid skali. nmpak teruja je dierang...pastu dah settle sume baru kami brgambar ikut Biro. Sport dulu. Pastu Prep n tech dgn PA System dierang, Module, pastu kami Dni dgn gaye Nasyid kami.haha....mlm tu mkn kek besday aku, Baem, kak Ayu, ZAm. Mlm tu sume biro kene siapkan report.mcm wat assignment lak....last tido n rest.

29hb- pg ni kami truS kemas brg n OR. Lpas breakfast kami ke rumah family angkat wat kali terakhir. Arini gak baru jumpe dgn kuarga angkat yg lg satu tu, Adok Chali Itam.rupenye baru balek 2 hari dari Perak. Yg special nye ayah angkatku ini, die pandai Speaking tu,jgn maen2.best la borak ngn die. Walaupun mate die macam ade sakit ckit tp die still bole jalan lg. ku, Melisa, Daman dapat pisang, gelang, rantai dari kuarga angkat. xlupe dapat tempo dari Amek Abok...sedih nak berpisah dgn dierang tapi apakan daye....sempat borak dgn geng Nora, beliawanis kg ni .cantik2 dierang ni. kami tgkap gambar n sempat nyanyi nasyid dgn dierang. Kami di hantar dgn air mata oleh pnduduk kg Pos Tohoi. Aku naek pajero dgn Kak Ayu, MUn, Zam, Umar, Baem, Afiq. sampai d Masjid gua musang dlm jam 11.30. tggu yg laen dulu tuk wat post mortem. Bertolak dr masjid ke KL tepat jam 3ptg selepas post mortem..anta geng2 bdak Kelantan g KTM dulu. Umar balik umah pakai kain pelikat je...Faed lak dgn imej baru, xpakai spek mate coz spek mate kene pijak dek org....sampai d UIa dlm 9pm camtu lar..

Tuk pgram kali ni, ape yg dapat ku simpulkan committee kali ni sgt komited. mgkin di sebabkan bilangan kami cume sekitar 40 org je, mmbuATkan kami sgt rapat antare satu same laen. Abg Ali n Abg Sham mghidupkan pgram kami dgn gelak ketawa mereka...Sport & Welfare  mcm AYAH kami yg menjaga kebajikan kami, Module mcm KAKAK kami yg menjaga adik2 kami, Catering lak mcm IBU kami yg menjaga makan minum kami, DNI mcm USTAZ yg guide kami, Multimedia mcm CAMERAMAN yg tgkp gmbar kami tiap masa, kami cume perlu posing saje, Special Task mcm ABANG kami yg membahagi2kan barang kpd adik2nye, Prep N tech lak mcm TNB yg mmberi cahaya dalam kegelapan kpd kami, PC mcm CIKGU2 kami...mainbOard lak xtau sbg ape. Xfikir lg. utk pertama kali nye Biro DNI berjaya digerakkan dgn sepenuhnye dan menjadi BEST BIRO tuk pgram ni mengikut kate Mainboard n Abg Sham la kan. Semestinya Abg Zaid n aku sbg HC &ASST sgt gembira dgn kjayaan ini krane ini lah kjyaaN JASA bersama sebenarnye..semoga perjuangan ini tidak terhenti d cn sahaja...Wallahualam.

 


Blog EntryApr 16, '09 4:39 AM
for everyone

SEM 2 YG AKAN BERLALU......

Lame sudah rasenye x mnulis d sini....mgkin terlalu asyik mmbuat assignment yg perlu d hantar & xlupe test2 n quiz yg saban mggu ade. Tp Alhamdulillah bila smpai ke akhir2 sem ni hdup ku makin teratur ckit dr tgh2 sem dulu....yg perlu d beri perhatian skrang hanye lah FINAL EXAM yg hanye tggal bbrape hari saja lg.spt biase aku agak kalut juga bile dh masuk nk final nak lg sem ni 2 killer subject menanti ku d final.  COMPANY ACCOUNTING & BUSINESS FINANCE.lpas dr 2 subjek ni,dah lega ckit kot.antara kngan yg xdapat d lupakan sem 2 ni ialah Kelas BM yg best brsama CIKGU ARINA & CIKGU ASIAH.

Bukan ape, mgkin sebab dah hmpir 3 thun xblaja dlm Bahasa Melayu shinggakan bnyak gak lar yg lupe ckit2...Kelas BM ni mmg ever lasting memories lar org putih ckp,dgn glagat2 Fadilah,Umi., Yasmin,Mia...hehe.dierang ni geng bdak ICT mari...Fadilah ni keje nye asyik nyampuk ckp cikgu je...tp at least yg die ckp tu btul.kalu geng2 Asrini ni kejenye asyik gelakkan Si Wakil (Nizam) yg mmg serabut, kebudak-budakkan lg ntah ape2 dan yg xboleh than slalu membebel sorang2.dah la die slalu wat hal nk lg time geng kami n Asrini kene present aritu,bole je die lpas tgn camtu pasal venue..nseb lpas gak nk present aritu kalu x siap la Wakil,msti dah kene blasah ngn Fatin.hehe.pastu ade geng Kak Lin n Kak mizi, Kak Pia, Zu, Khai, geng2 Safiah...dan yg pling suke memekak kt blkang kelas msti la geng si Pengeran Yassin,Zaim, Wakil, SAfuan. N mamat2 laen mcm geng Kambing (sebab dierang present ladang kambing aritu), Izzat,Abu n laen2 lar.yg laen tu si Syakir n Sazwan n ade gak bdak ICT mcm Haziq n Nik.dgn cikgu Asiah kami blaja tentang bhagian  kalu dulu kt skolah bole kate Pemahaman la....CikGU aRIna lak ajar Tatabahasa. Kata sendi la, kata kerja x transitif lar sume ni just nak ulang je tp rmai yg lupe coz da slalu blaja dlm BI kan....

Kelas yg start dgn Cikgu Asiah xpe gak kalu nk dtg lmbat.kdg2 aku ngn ejat naik lif same ngan cikgu asiah...tp beliau sporting xpe..tp kalu dgn Cikgu Arina jgn la wat main, siap kene perli lg sape yg dtg lmbat....

Dgn Cikgu Asiah kiterang kene present tiap tajuk ikut gikiran...n beliau akan terangkan sikit2 lar...antara lawak yg slalu die wat ,pasal Body Language time pengucapan Umum, “aku sorang jer”,time ni lar nk gelak bnyak2 sgt coz sgt2 klakar la....gaye cikgu yg terlalu selambe tu..

Kalu ngn Cikgu Arina lak beliau agak tegas ckit tp kdg2 die marah la bile bdak laki main2.name yg asyik d bibir nye adalah wakil....

Tp kelas BM ni mmg kelas yg realese tension sgt.keje kiterang asyik gelak je..... mmg xsabar2 nk g kelas tau...happening je rasenya smpai la time presentation aritu. Geng kami yg 1st present so agak nervous gak lar kan tp Alhamdulillah dpt kami wat ngn baek. Slepas tu dtg kelas goyang kaki je tgok org lain present. Geng kami present pasal Batik, same ngn geng Safiah. Geng Zaim present pasal cacing, geng Shazwan cite pasal ikan air tawar, geng Kak Mizi pasal Dusun Buah (siap bg makan lg), Geng Kak Aya pasal Kem Desa, Geng Umi pasal kerepek n Homestay, same ngn geng Yon, Geng Abu pasal Ladang Kambing  (Abu blakon jd Pengurus Kilang yg pakAI kasut Boot yg dpnjam dr Pakcik Cafe).

Ape pun, yg paling best bile dpt bace komen2 dari Cikgu Arina pasal presentation masing2, so bole tau kat mane yg kite kene improve kan lg....ape pun, ini la sdikit kenangan yg akan ttap d simpan dn akhir kate dr saye, pastikan A dlm genggaman untuk BM. Tuk CiKGU ASIAH n ARINA, kalian berdua mmg best + gempak lar.

Ketika ini hanya tggal 1 paper lg esok…merdeka!


EventApr 2, '09 9:52 AM
for everyone
Start:     Apr 20, '09 12:00a
End:     Apr 26, '09
Location:     perak
grand pgram

Blog EntryMar 28, '09 11:58 AM
for everyone

Ya Ilahi...

saksikanlah diri ini menyembah

mengabdikan seluruh jiwa dan ragaku buat Deen ini

Ya Ilahi...

saksikanlah

setiap detik dan detak jantungku ini

adalah milik perjuangan

milik kebenaran yang telah kau nyatakan dalam ayat-ayatMu.

Ya Ilahi...

saksikanlah...

tiap cita-cita yang mekar di roh ini

adalah cita dan cintaku dalam mengejar RedhaMu

adalah cita, cinta dan rinduku pada FirdausMu

di setiap aliran darah yang mengalir adalah kerana tiada Ilah selainMu..

di setiap nafas yang ku hirup

kerana kecintaanku pada SyariatMu dan sunnah kekasihMu

di setiap derap langkah perjalananku, setiap ayunan tanganku, setiap kerlipan mataku

kerana tiada cita dan cinta tertinggi selain Syahed di jalanMu

kerana keinginanku hidup mulia disisi DeenMu

kerana semua milikku adalah MilikMu semata

jasadku ini telah ku abdikan buat perjuangan ini

sebuah perjuangan tanpa henti

maka Engkaulah yang Maha Kuasa

dalam menentukan segalanya

Kerana itu Ya Ilahi...

Kurniakanlah kemenangan keatas kaum Muslimin!

Kurniakanlah kekuatan sejati kepada Para Mujahidin!

kurniakanlah kemuliaan kepada para Ulama, Solihin, Muttaqin

kurniakanlah para tenteraMu kerendahan hati dengan ketinggian Jiwa

kerendahan hati agar sentiasa tawadhu' kepadaMu

ketinggian jiwa agar tiada kata Menyerah dan mengalah sebelum berjuang!

Ya Ilahi..

cinta ini cinta ukhwah Islamiyah

cinta ini seperti kesatuan tangan kanan dan kiri

kaki kanan dan kiri

mata kanan dan kiri

dan kesempurnaan ukhwah ini seperti kesempurnaan Jasad yang telah kau anugrahkan

begitulah kecintaan dan cintaku pada saudara seaqidah seimanku

maka, jika manusia Jahannam itu bertekad menyentuh jasadku

saksikanlah Ya Robbi!

Perlawanan keranaMu aku lantunkan

saksikaNlah!

Genderang Jihad fie Sabilillah aku tabuhkan

saksikanlah, dunia Islam ini akan bangkit!

singa-singa yang tidur itu akan bangun!

anak-anak ayam itu akan menjadi elang!

orang-orang pincang berlari kencang!

semuanya dengan IzinMu

saksikanlah Ya Ilahi..

Deen ini akan terus tertegak dengan IzinMu

sehingga pengakhiran dunia

sehingga malaikat Isrofil meniup sangkakala

perlawanan ini adalah Baku

bagi yang Kaku

dalam mengerti arti syariat dan sunnah perjuangan.

Ya Ilahi..

meraih RedhaMu tidak segampang membalik telapak tangan

meraih SyurgaMu tidak segampang menoleh kehadapan

meraih Syahed di jalanMu tidak semudah memuntahkan perkataan

semuahnya butuh PENGORBANAN

kerna syurga itu menagih ujian

sedang neraka berpagar kenikmatan

kerana itu Ya Ilahi..

mantapkanlah hati-hati ini

mantapkanlah hati-hati ini

mantapkanlah hati-hati ini

dalam keistiqomahan berjuang di jalanMu

hanya keranaMu

hanya kerana meraih RedhaMu

jadikalah kami pemburu RedhaMu

jika tidak mampu berlari

dalam keadaan berjalan aku menggapainya

jika tidak mampu berjalan

dalam keadaan bertatih aku meraihnya

jika tidak mampu bertatih

dalam keadaan merangkak aku memeluknya

Ya Ilahi...

saksikanlah

firmanMu ku jadikan pegangan

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta

dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. mereka itulah

orang-orang yang memperoleh kemenangan." (QS At Taubah: 20)

 

Allahuma Ahyina Su'ada...

wa Amittha Syuhada...

Wa adkhilna fii zumrotil Musthofa Muhammad SAW...

Allahuma Amin...

 

inilah janji perjuangan tanpa titik

dari seorang Hamba kepada Kholiknya

hanya Kau maha Mengetahui segala isi hati hambaNya...

kerana detiap perjuan diuji keikhlasan

maka kurniakanlah nikmat ikhlas itu kepada HambaMu yang dhoif ini...

 



EventMar 26, '09 2:00 AM
for everyone
Start:     Mar 26, '09 7:00p
End:     Mar 27, '09
Location:     SHAS MOSQUE
iftar ngn Qiamulail skali

Blog EntryMar 17, '09 2:40 AM
for everyone

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.


EventMar 17, '09 2:29 AM
for everyone
Start:     Apr 23, '09 12:00p
End:     Apr 29, '09
Location:     POS TOHOI, gUA mUSANG
2nd time pg Tohoi tanpe kawan2 yg tersayang (Mai n Aterq).Teruja gak tp was2 pun ade

VideoMar 17, '09 2:13 AM
for everyone
VIDEO AKU WAT KHAS TUK PRESENTATAION BM yg berlalu dgn jayanye walaupun ade msalah teknikal pade mulenye.


batiksave.swf (2.3 MB)

Blog EntryMar 16, '09 4:56 AM
for everyone

Akhirnya Chong Wei sekat Lin Dan

 


Lee Chong Wei

Kien Keat-Boon Heong raih gelaran beregu Siri Super Terbuka Switzerland

BELENGGU kecewa memerangkapnya sejak Sukan Olimpik lalu berjaya dihapuskan Lee Chong Wei yang muncul juara badminton Terbuka Switzerland selepas menundukkan musuh ketatnya, Lin Dan di St Jakobshalle, Basel, malam tadi.

Kombinasi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melengkapkan malam gemilang negara apabila mengungguli final beregu lelaki hasil kemenangan 21-14, 21-18 mengatasi lawan dari Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen.

Buat Chong Wei, kemenangan itu hadir genap seminggu selepas kekecewaan final Seluruh England – sekali gus membolehkannya melakar kemenangan pertama selepas tumbang kepada pemain China itu pada tiga pertemuan terakhir sebelumnya.

Kunci kejayaan 21-16, 21-16 Chong Wei dalam tempoh 52 minit itu ialah corak persembahan penuh sabar – menyerang ketika hanya perlu dan lebih memfokuskan usaha kepada mengembalikan segala bentuk pukulan Lin Dan.

"Memang kemenangan ini menjelmakan kepuasan terbaik untuknya. Dendam kekalahan di Seluruh England minggu lalu sekurang-kurangnya kini sudah terbalas.

"Chong Wei lebih bersedia dan sudah belajar daripada kesilapan sebelumnya. Kawalan gelanggangnya juga lebih kemas dan ini menyukarkan rentak Lin Dan," kata ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, yang dihubungi sejurus tamat perlawanan itu.

Kien Keat-Boon Heong pula mengatasi permulaan goyah pada awal set pertama untuk menang 21-14.

Situasi gementar juga kelihatan pada penghujung set kedua apabila, selepas mendahului 20-15, membenarkan lawan memungut tiga mata untuk sehampir 20-18 sebelum melengkapkan kemenangan hasil pukulan smash kencang Kien Keat yang tepat menjunam ke tengah gelanggang.

Ia adalah kemenangan pertama mereka dalam Siri Super tahun ini.


Photo AlbumWAJAH-WAJAH KINIMar 15, '09 4:12 AM
for everyone

new life, new spirit for me

VideoMar 13, '09 1:06 PM
for everyone
video ini aku present semasa presentation Parenting. ia membawa makna yg sungguh mendalam bg aku n kawan2.dan aku xsangka madam sendiri boleh nangis bile tgok video ni. THANX MOM.I love you so much.



Download this and other original video files with Multiply Premium.

Blog EntryMar 13, '09 1:05 PM
for everyone
Tiada apa lagi yang kuhasratkan
tiada apa lagi yang menjadi dambaan
ku hanya dambakan seorang
insan bernama teman yang
cintanya atas agama, atas iman
buat menjadi pendamping setiaku
buat menjadi penawar resahku
menguatkan semangat pada diriku.

Keindahan namamu
ada makna mendalam
yang menyejukkan kalbu
kejernihan wajahmu
terpancar ketenangan
lahir dari relung nurani
muthmainnah
keterampilan peribadimu
begitu tawaduk
lahir dari nur iman
di kalbu.

Cintaku padamu bukan
semata-semata cinta
cintaku padamu atas agama
cintaku padamu atas iman
cintaku padamu atas taqwa.

Kuterpikat padamu kerana agamamu
kutertawan padamu kerana kesolehanmu
kuterpesona padamu kerana taqwamu.

Kita saling menasihatkan
diri ini melalui
bait-bait hikmah yang
mengesankan di hati.

Kau selalu mengingatkan diri ini
pada semangat perjuangan Islami
itu yang menjadikan
ku semakin kagum padamu.

Alangkah indah hidup ini
jika cinta disandarkan kerana iman
jika cinta disandarkan kerana Ilahi.

Alangkah sempurna hidup ini
jika dalam diri ada kalimah cinta
dia mencintai Ilahi
dia mencintai Nabi
dia mencintai ulama dan orang soleh
dia mencintai insan keranaNya
dia mencintai Islam dan perjuangannya
di situ terkumpul semuanya
ada kalimah cinta, kalimah iman
dan kalimah taqwa
yang akan membawamu memasuki
jalan bahagia dan penuh ketenangan.

Blog EntryMar 12, '09 12:24 AM
for everyone

Senarai terbaru 20 terkaya di dunia


NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)


3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AF

 

Kagum pun ade ngn dierang sume, tp yg penting ini bole motivate kite Muslim tuk lbih berjaya serta membangunkan masyarakat skali.


Pages:12345